Baru-baru ini saya mendapat email di mailing-list tentang berita rakyat Malaysia membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Petikan berita ini boleh didapati di laman web Utusan Malaysia. Bila cerita tentang mempelajari bahasa Inggeris, teringat pula saya cerita "Mind Your Language". Walaupun mereka rakyat asing, masing-masing berani mempelajarinya, tanpa segan silu walaupun penuh dengan kesilapan. Tetapi, rakyat Malaysia pula kurang berani dan segan untuk menerima kesilapan.
Sayang sekali saya melihat rakyat Malaysia, berarak untuk membantah program PPSMI ini. Perarakan ini bermula dari Masjid Negara dengan ribuan penyokong kearah Istana Negara. Ramai antara ribuan penyokong bantahan PPSMI mungkin sekali orang melayu yang beragama Islam. Apakah kita telah lupa bahawa agama Islam mengalakkan orang Islam untuk memperolehi ilmu. Bukankah perubahan ini sejajar dengan ajaran agama Islam, agar orang Islam dapat mempelajari ilmu sains dan matematik dengan lebih mudah?
Apa yang menjadi isu ialah ada yang mengatakan setelah 6 tahun, program ini telah gagal untuk meningkatkan mutu pelajaran, terutamanya kepada penduduk luar bandar. Sememangnya, penduduk bandar lagi selesa berbahasa dalam bahasa inggeris, dan ini memberikan kelebihan kepada pelajar-pelajar di bandar.
Namun, tibalah masa untuk orang melayu berhenti merungut dan mula menghadapi perubahan. Perubahan juga merupakan satu revolusi, dan tidak semestinya kena mengena dengan politik. Perlulah orang melayu kita, terutamanya pelajar luar bandar, mengambil cabaran ini. Sebagai orang Islam, kita perlulah mencuba mengharungi cabaran ini, agar kita boleh mengikuti sunnah dan cuba mendalami apa jua ilmu yang tuhan telah berikan kepada kita. Berhijrahlah kepada kemajuan, berhijrahlah kearah membentuk rakyat melayu Islam yang maju dan berilmu.
Jangan kita biarkan orang mempolitikkan isu ini. Janganlah kita biarkan isu-isu kecil menjadi musuh untuk kita mencapai matlamat kita yang lebih besar. Janganlah orang melayu lari dari cabaran kerana takut akan gagal mempelajari bahasa inggeris. Sejak bilakah orang melayu ini jadi penakut. Bukankah orang melayu ini pantang dicabar. Tetapi mengapa bila dicabar akalnya, kita tidak pula mengasah keris mental kita dan menghayunkan dan menunjukkan ketajaman akal kita.
Saya tahu ada yang takut akan jati diri melayu kita akan hilang. Tetapi, Melayu itu bukannya pada bahasa sahaja. Melayu yang tidak berilmu, akan menjadi hamba bangsa asing. Melayu yang lemah akalnya akan mudah dijajah. Bangsa Melayu yang lemah akan gagal mempertahankan budaya Melayu dan cara hidupnya. Melayu yang enggan mengambil cabaran perubahan revolusi ilmu, akan akhirnya hilang dari bumi ditelan dunia moden.
Demi negara ku, tanah air ku, Malaysia ku tersayang.
Harap rakyat menjadi lebih berani untuk mencapai revolusi ilmu.
I hope my speaking fluency can be understood by most English native speaker soon.
ReplyDeletemnajem: I had a friend from Terengganu who has superb spoken and written English. I asked him once, how he did it, being from a Kampung from Kuala Tengganu and all. He simply said that he watched TV, and practice the dialog in front of the mirror. And from the looks at it, all that practice infront of the mirror really helped him. I guess each on his own style of learning.
ReplyDeleteYes, I agree with that. TV is a good teacher! :-) (that's the excuse I give every time my mum nags me when I'm watching too much TV). :-P
ReplyDeleteAsh: Unfortunately, I spend most of my school years in boarding school. We rarely get to watch tv. But nowadays, I indulge myself in watching tv all the time.
ReplyDelete