Saturday, February 28, 2009

Bergaya di musim bunga

Entri kali ini adalah mengenai fesyen pakaian dimusim bunga. Jarang sekali kedengaran lelaki menceritakan isu-isu fesyen pakaian. Saya bukanlah seorang yang mahir mengenai fesyen seperti Rizalman, gaya fesyen saya hanya terhad kepada gaya Rizalnor dan saya cuba seberapa baik untuk bergaya dengan perbelanjaan yang berpatutan. Walaupun fesyen pakaian bukannya kepentingan utama hidup, tetapi ia juga tidak salah diberikan keutamaan sekali sekala. Objektifnya bukanlah semata-mata untuk mendapatkan perhatian tetapi fesyen pakaian dan gaya bagi saya adalah penting untuk kesihatan diri mental. Jika kita merasakan diri ini lebih menarik dan bergaya, ia juga boleh meningkat "self-esteem" penghargaan diri seseorang itu. Memakai seluar dan baju yang berfesyen kini dan bergaya boleh membuat diri lebih berharga. Bukanlah saya hendak mengatakan bahawa berjubah itu kurang bergaya, tetapi, jika kena tempatnya, berbaju jubah juga ada gayanya. Apa yang saya tahu, dinegara Arab, jubah itu merupakan pakaian yang sesuai di tanah Arab. Oleh yang demikian, terdapat berbagai-bagai fesyen dan kain yang dijual, dan harganya juga semahal pakaian-pakaian jenama barat.

Walaupun jarang pergi membeli-belah, saya juga mengambil masa untuk mendapatkan pakaian untuk menyedapkan hati. Hari ini, saya telah mengambil masa untuk pergi mencari kedai jualan elektronik "Circuit City". Khabar berita, "Circuit City" akan menutup kedainya dan kini sedang cuba melelong barang-barang elektroniknya. Malang sekali, saya telah terlambat, dan nampaknya semua kedai "Circuit City" telah pun ditutup. Oleh yang demikian, saya mengambil kesempatan ini untuk berhenti sahaja di kedai factory outlet yang berdekatan.

Saya bersiar-siar melihat pakaian-pakaian di kedai kegemaran saya seperti di Calvin Klein, Nike, Banana Republic dan GAP. Oleh kerana musim bunga sudah hampir, cuaca disini kurang menentu. Ada kalanya, sejuk dan sangat dingin dan pada masa lain pula cuaca disini tiba-tiba terasa panas. Itulah sebabnya penting untuk memakai pakaian yang berlapis-lapis kerana jika cuaca diluar tiba-tiba bertukar dari sejuk ke panas, boleh kita menanggalkan lapisan baju supaya tidak terlalu panas, dan jika cuaca diluar tiba-tiba sahaja menjadi sejuk, boleh sahaja kita menambahkan lapisan baju itu. Oleh yang demikian, pakaian yang paling sesuai ialah baju thermal.

Baju thermal ini adalah baju yang kita pakai dilapisan pertama. Baju thermal akan cuba memerangkap haba dikulit. Jika pergi membeli belah baju thermal, penting untuk mendapatkan baju yang muat-muat badan, agar ianya akan melekat dikulit. Objektifnya bukanlah untuk menunjukkan bentuk badan yang seksi, tetapi ianya berfungsi untuk memerangkap haba badan. Di atas baju thermal, dilapisan kedua, akan kita pakai lapisan "sweater" baju panas dan diatas lapisan "sweater" baju panas, akan kita pakai jaket pakaian sejuk. Jika cuaca tiba-tiba bertukar menjadi panas, kita boleh menanggalkan jaket, ataupun "sweater" baju panas yang dipakai.

Dimusim bunga ini juga, haruslah kita mencari baju yang warnanya lebih terang dan berani ataupun lebih kepada warna alam sekitar "earthly colors". Jadi apa yang saya dapatkan ialah warna biru muda terang. Color ini sesuai dengan keindahan kebiruan di langit. Jika dipadankan dengan "sweater" merah, ianya hampir seperti tema warna Superman. Baju thermal ini boleh dibeli di kedai GAP dan diwaktu sekarang ini, ianya dijual dengan diskaun 30%.

Untuk pakaian yang berwarna alam sekitar "earthly colors". Saya mendapatkan seluar ala-ala jeans kuning tanah dan baju thermal hijau daun. Baju dan seluar ini juga boleh dibeli di kedai GAP yang berdekatan. Di waktu gawat ekonomi ini, banyak kedai yang sedang menjalankan jualan murah untuk meningkatkan jualan mereka. Jadi inilah waktu yang sesuai untuk membeli-belah.

Untuk tiga helai pakaian ini, saya belanja lebih kurang USD40. Bagi saya, harga ini berpatutan. Kalau di Kuala Lumpur pun, membeli 3 helai pakaian dikedai GAP mampu melebihi nilai RM160. Cuma disini, tiap-tiap musim haruslah menukar pakaian untuk keselesaan diri dan sesuai dengan perubahan musim.

Tuesday, February 24, 2009

Slow and furious

I know this entry sounds and looks a bit too technical for the normal reader, but, I have tone it down as much as I can. I will give the technical details if there are people interested, and if there are people as geeky, I will take the time to post it on mydebian.blogspot.com at the latest convenience. Besides this entry is not about showing off my technical prowess, but more about how slow things have been progressing with my research.

Over the winter break, my embedded board finally arrived. I was excited to play around with it and hack on the open embedded Linux distribution on it. So as soon as I got back into the lab, I assembled it together. It comes in 2 pieces of embedded sticks that you can clip together with a module to attach the wireless 802.11 module. There was already a loaded kernel on it, and it seems to be able to detect everything nicely. The first thing I did, was booting the kernel through the RS232 port using Kermit and it was like a turn on looking at all the modules being loaded. This device is small, yet packed with a whole lot of sweet goodies that I can play with and savor every moment of the different flavors of potential hacking. I'm like a kid with a whole new pack of candy, and it gave me a similar feeling to being sugar high. It took me about a few minutes to edit /etc/network/interfaces with vi and get wifi working on it. Unfortunately, no emacs on it yet. Which will change soon, once I am able to mount my SD memory card on it, I will get emacs going and i can forget about using the cumbersome "esc-shift-:q!" command that I hate so much on vi.

Simply said, I need to do a lot of non-standard stuff on the embedded board. I needed to do some things on the board which may require me to do a lot more hacking than just getting wifi to work. So, I wasted no time, and downloaded the kernel source code from the svn repository. I've set up the environment, and tried to compile a fresh new kernel image for the embedded board. Unfortunately, the compile was full of errors and hence I am now without an image I can use to boot the board. I thought it was a trivial thing. But after hours spending time reading mailing-list for support, and googling around, I have no answers but just complains about the same problem. Apparently, everybody else are having the same problem. I've been digging around for solutions, but things have been moving really slow. Too slow and its making me pissed off...in fact furious.

My research would also require me to write some device drivers. Mainly for the real-time clock, sensor devices and creating my own real-time applications to compile with an implementation of my own real-time scheduling. So I'm slowly sourcing some of the devices. One of the first devices I got was a RS232 to SDI-12 converter. Unfortunately, I have bricked the first one we got. I think I somehow burned it with a wrong ground input, since it no longer respond to any of my messages. So my supervisor bought another 2 of these just to make sure that if I blow up one, I still have a spare one to work for my project. The moment it arrived, I was excited to get to work again. But my lousy luck again, both of it was not working. I'm pissed, again, how can they shipped over two devices that are not working. I mean, what are the chances to have both of them being faulty. So now, I will have to wait again for a replacement. Which will take me another week. All this delay is making things progressing really slow. So what else can I say about life here, things are just moving slow and furious.

Monday, February 16, 2009

Ketagihan kelemahan manusia

Ini merupakan percubaan kali kedua saya untuk meningkatkan lagi bakat di dalam berbahasa ibunda. Dengan cara ini, saya percaya kita dapat mengekalkan jati diri melayu, disamping menakluki ilmu globalisasi dunia.

Topik yang ingin saya sampaikan kali ini ialah mengenai isu ketagihan. Jika ingin dibicarakan mengenai isu ini, sememangnya terdapat berbagai-bagai ragam dan cara. Manusia ini sememangnya tiada yang sempurna. Walaupun kita sentiasa berusaha untuk menjadi lebih sempurna, namun ada sahaja kelemahan di dalam diri setiap manusia tanpa kita sedari,

Selama ini saya percaya bahawa saya mampu melakukan apa sahaja aktiviti yang saya gemari. Mungkin hanya tinggal beberapa sahaja aktiviti lain yang masih belum saya lakukan seperti "sky diving", "ice climbing" dan banyak lagi. Namun, Seperti manusia lain, saya juga mempunyai pelbagai kelemahan. Salah satu kelemahan saya ialah ketagihan merokok. Sudah hampir beberapa kali saya mencuba untuk berhenti merokok. Namun, paling lama yang saya mampu bertahan hanyalah 3 hari. Itupun setelah habis mengigil dan mengigit kuku jari tangan kerana tidak mampu untuk bertahan. Mungkin jika masuk hari ke empat, berkemungkinan saya akan menggigil sehingga menggigit kuku jari kaki saya pula. Bagi saya, ketagihan merokok ini terlalu sukar untuk diatasi. Jikalau tidak, masakan syarikat rokok semuanya mampu menjadi kaya raya. Saya percaya, untuk berhenti merokok adalah terlalu sukar dan merupakan cabaran yang paling hebat. Lebih hebat berbanding belajar untuk mendapatkan PhD. Ketagihan ini juga sudah pastinya menjadi kelemahan ramai lagi lelaki-lelaki macho di luar sana yang mana jika dicabar untuk bergaduh, sudah pasti mereka berani untuk bertumbuk. Tetapi jika dicabar untuk berhenti merokok, pasti mereka tidak mampu bertahan terutamaya sewaktu “melabur” di dalam tandas.

Bukan itu sahaja, malahan terdapat pelbagai lagi ketagihan yang dihadapi oleh kaum lelaki. Seperti yang telah saya nyatakan, ketagihan ini terdapat di dalam berbagai-bagai cara dan jenis. Ada ketagihan pada arak, ketagihan pada dadah dan jugak ketagihan pada wanita. Walau bagaimanapun, masih terdapat ketagihan lain yang jarang kita dengar seperti ketetagihan berlagak alim yang mana seseorang itu perlu untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain bahawa dirinya itu adalah seorang yang alim. Saya mengkategorikan ianya sebagai ketagihan, kerana individu yang berlagak alim ini sememangnya perlu membuat orang lain merasakan bahawa dirinya itu seorang yang alim dan perlu dihormati hanya untuk membuat drinya merasa selesa. Samalah seperti merokok, di mana seseorang itu, perlu merokok hanya untuk membuat dirinya merasa selesa.

Bukan kaum lelaki saja yang mempunyai ketagihan-ketagihan ini. Malahan, ada juga ketagihan lain yang secara umumnya terdapat pada kaum wanita. Tetapi jangan salah sangka kerana kaum lelaki juga mempunyai ketagihan seperti ini. Contohnya, ketagihan mengumpat. Saya mengkategorikan mengumpat ini sebagai satu ketagihan, kerana terdapat beberapa individu yang sememangnya perlu untuk mengumpat hanya untuk membuat dirinya merasa selesa. Jika sehari tidak mengata perihal orang lain, sememangnya membuat dia merasa gatal dan tidak senang duduk sehingga terpaksa menggigit kuku jari. Ketagihan seperti ini sememangnya banyak terdapat di syarikat saya dahulu.

Bukan itu sahaja malahan ada juga yang lebih daripada mengumpat seperti suka membuat cerita perihal orang lain lalu di tokok tambah pula dengan mitos-mitosnya yang tersendiri seperti memburuk-burukkan orang lain dan sebagainya. Bila berkesempatan, ada sahaja modal mereka untuk memburukkan orang lain lalu mengheboh-hebohkan cerita kepada semua orang. Kononnya itu merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang yang beriman dan warak. Baginya, sebagai seorang Muslim, dia perlu mengambil tindakan yang kononnya tidak dia ingini sama sekali. Padahal dia cuba berlindung disebalik alasan yang kononya dia tidak sesekali ingin menceritakan perihal buruk orang lain tetapi terpaksa kerana baginya perkara itu terlalu buruk dan mengakibatkan dirinya terpaksa memberitahu semua orang yang dia kenali. Padahal, sekiranya betul dia itu seorang yang beriman dan warak, sudah tentu dia akan menegur dengan sendiri setiap perbuatan buruk yang dilakukan oleh orang lain tanpa perlu membawa cerita dan akan cuba mempertahankan maruah individu tersebut dari tersebar luas. Tetapi, yang sebenarnya apa yang dilakukan itu bukan lah kerana kewarakannya, tetapi kerana ketagihannya. Jika tidak diceritakan kepada orang dan memburuk-burukkan orang lain, maka menjadikan hidupnya tidak senang duduk sama sekali.

Sememangnya Allah telah menciptakan manusia penuh dengan kelemahan. Masing-masing mempunyai kelemahan dan ketagihannya yang tersendiri. Cubalah kita fikirkan sejenak mengenai ketagihan lain yang tanpa sedar kita miliki. Jika kita tidak mampu untuk menghapuskannya, cukuplah sekadar menyedarinya agar menjadi satu tahap permulaan untuk kita cuba mengatasinya.

Diharapkan penulisan saya pada kali ini tidaklah berbunyi seperti warga Indonesia yang ingin berbahasa Melayu Malaysia.....

--Telah disunting semula oleh my beloved Editor 16/02/2009

Tuesday, February 10, 2009

Joey's Unproven Theory of Heroes Reality

A while back I was reading Scientific American Report while taking a dump in the toilet and an article really light up a bulb in my head. The article that I read, had nothing to do with this blog entry, but with a little sprinkle of my silly imagination, and Eureka....behold Joey's Unproven Theory of Heroes Reality.

My unproven theory states that by 2100 man will start to evolve to be super humans with abilities far beyond what we are capable today. Man will take an image of god, being more perfect beings with abilities far beyond our ancestors. I'm sure all of you have seen the famous tv series Heroes. Where some genetic anamoly in the human race are creating exceptional beings with abilities to fly, telekinesis, time and space manipulation, spontaneous freezing and combustion, mind control, mind reading, midas touch, electromagnetic and etc. Well, I'm not saying that we will reach these abilities so soon, but may infact somehow reach closely to these abilities and evolve slowly through time.

I came to this theory with a few insights from the article "Rise of The Robots" by Hans Moravec in Scientific American Reports, May 6, 2008. Typically, scientist believe that computers maybe fast enough to do computation as fast as our synaptic nervous tissue are able to create impulses. Our nervous tissue is what creates our brain where all our memory and ability to think occur. A monkey's intelligence for example is equivalent to 5 million MIPS(Millions Instructions per second). A computer with this speed, can surely replace some of the people working in the government sector...hehehe. But how much speed do we need to replace human beings. In another article, "The Coming Merging of Mind and Machine", Scientific American Reports May 6, 2008 predicts that it takes 10 to the power of 15 to have a processing speed of a human brain. If we are able to download a human's brain into a computer of this speed, we may also say that we have already made a computer conscious. By 2060, the typical computer would have a processing speed of all the human brains combined in the world.

If this is true, computers are able to create robots with brain power much more than all the professors exist in the world. Well educated robots may function as scientist working diligently, cheaply, rapidly and increasingly effectively will ensure that most of what science knows in 2050 will have been discovered by our own artificial progeny.
This sounds like a science fiction story, but it is not impossible. Once we all thought that flying to the moon is impossible. By 2060 we may become gods by creating our own Adam and Eve and create a new generation of a robot race.

It won't be long when we will have to compete with our own creation for survival at work, sports, and scientific findings. It won't be long when our own creation will eventually choose to be closer to their creators, to follow the image of their god, which is humans. They will create biologically advance biocybernatic beings that far exceed the robots that we create.

By 2100, humans will soon have to compete with this super robot beings. And the human race may even perish from the face of earth where we are known as gods....but only exist as incorrect historical data like the idea we have about Zeus, Aries, and what not. But the human race are not as fragile as we think. We are very flexible and we have the ability to evolve. I don't think we will go away so easily. It is said that the human race only uses 5% of their brain's potential. In fact, some in my work place, even uses much less than 5%...hehehe. So there is another 95% of untap power which we have not evolved yet. According to Darwin theory of evolution, a process of natural selection is what makes monkeys evolve into human beings. Now, there have been a lot of arguments here, but we shall not dwell on it today. But, if this theory is true, the instability of the norm, where human's are complacent, will have to change. Natural selection can occur again, and only the smartest and strongest human beings will survive. And slowly but surely, genetic contruction of a more perfect being will evolve, slowly but surely. The evolve human being will use much more percentage of their brain. One that would have abilities to maybe to do computation as fast as machines, one that are capable to run faster than a cheetah. There is no telling what new abilities we may able to discover by tapping more potential of our brain. Maybe telekinesis, time and space manipulation or even spontaneous combustion....

Will heroes become a reality? We can only wait till 2100 to prove Joey's Unproven Theory of Heroes Reality.

Sunday, February 08, 2009

IdeaPad S10

Sebelum pulang ke Malaysia December lepas, saya telah mengambil peluang cyber sale sempena hari christmas yang diadakan dengan besar-besaran di Amerika Syarikat untuk membeli sebuah laptop baru untuk kegunaan peribadi saya. Mahupun laptop lama saya itu masih elok digunakan, namun ianya telah kelihatan usang, dan lebih baik diberikan kepada Kakak saya supaya dia boleh mengemas kinikan laman web facebooknya dengan mudah.

Laptop yang saya beli ialah Ideapad Lenovo S10. Ramai yang hairan mengapakah saya beli laptop yang sebegitu kecil sebegini. Kuasa processornya tidak lah begitu pantas dan screen terlalu kecil untuk keselesaan membuat kerja. Tetapi, objektif saya untuk membeli laptop Ultra Mobile PC ini ialah kerana ianya adalah begitu mobile. Mobiliti merupakan salah satu ciri yang penting yang saya perlukan dalam sebuah laptop. Kalau hendak cerita pasal laptop yang memberikan mobiliti yang paling maksimum, memanglah pilihan pertama saya ialah Sony Vaio ultra slim yang ringan lagi nipis. Namun harganya adalah terlalu mahal untuk saya perolehi, lebih kurang yang paling murah pun RM6k+. Laptop harga ribu riban ni kalau hilang memang menangis. Jadi, aper yang saya beli ialah Ideapad Lenovo S10, yang hanya 400usd. Ia adalah kecil, ringan dan processornya dicipta khas untuk berfungsi dengan menggunakan kuasa batteri yang paling minima. Lenovo S10 mampu berfungsi tanpa batteri selama 3 jam, dan dengan menggunakan batteri expansion, boleh bertahan selama 6-9 jam.

Adalah menjadi kebiasaan saya untuk pergi kemana saja bersama laptop. Yang penting laptop itu ada kebolehan untuk menggunakan wifi, dan ianya cukup ringan supaya boleh diangkut kemana saja saya pergi. Dengan camera built-in yang mudah untuk saya berhubung dengan keluarga tersayang dan buah hati. Saya juga sering mengembara, jadi kuasa batteri yang lama adalah penting bagi seorang pengembara seperti saya. Setelah 3 bulan menggunakan Ideapad S10 ini, dengan default installationnya iaitu Windows XP, saya tidak tahan lagi dan ingin memasukan perisian Debian Linux. Ini adalah kerana saya lebih selesa membuat kerja programming diatas linux dari menggunakan windows. Hari minggu yang sunyi ini, saya telah menggambil masa beberapa jam untuk mengisikan Debian linux keatas laptop ini. Segala maklumat terperinci untuk memasukkan perisian debian linux saya dokumenkan di mydebian.

Bila dirumah, saya sambungkan laptop kecil ini ke sebuah monitor, tetikus usb dan keyboard usb. Ini adalah kerana, untuk kegunaan berjam-jam dirumah, memang sakit mata melihat screennya hanya 10 inchi dan resolutionnya hanya 1024x600. Untuk seorang yang sering bergerak, laptop ini memang sesuai. Jika bukan sebab mobiliti, laptop ini terlalu kecil umpama mainan sahaja. Lebih elok beli laptop dell yang boleh dibeli dgn usd500++.

Thursday, February 05, 2009

Back to work!!!

Its been a while since I've wrote anything on my blog. The last time I wrote anything was right before finals. Then I got too busy. Nope, not busy with work, but busy having fun. I traveled back home to Malaysia and had a good time. They say home is where there is people thinking of you. Yes, I miss home, I miss my family, my cousins, I miss the weather, I miss my friends, I miss the food.

But it was not long and I had to go back to Ohio and start work. But before I started work, I just had to get the vacation mood out of my system. So I went snow boarding. Yes, I figured, I have to do this first before I really start work. And so I did.

I used to remember being really good at snow boarding. Or maybe I thought I was good at it. For some reason, snow boarding is easier to me than skiing. I've learned a while back that me on skis can be very clumsy. I just can't handle two pieces of planks stuck to the bottom of my feet. I feel like a duck learning how to walk. But snow boarding comes naturally. One plank is definitely easier to handle than two. A while back I remembered falling many times and feel no pain. A while back I can go down a double black diamond with no fear. A while back I can flip in the half pipe with no concern in my mind other than how cool I'd look at the tip of the pipe.


But I soon realized that maybe I was not so good before. Or maybe the air here is like kryptonite making me weak. Or could it be the snow here is far different from Philly. Or could it be, by a remote chance that I am getting old? Neah.....that couldn't be it. So after a few tries on the staging hill, I figured I'm fully calibrated and ready to handle the fiercest hill in the valley. I used to be able to handle a double black diamond. So how much harm can a single black diamond hill do to me, right? So after taking the lift up the hill, I went for the advanced black diamond hill called TIGER. It sounds fierce enough.....and "ONE" should be careful going down a black diamond hill....especially "ONE" who comes not from a country where there's a winter season. But maybe that "ONE"...is not for Joey. Me being me arrogant self again thinks I'm superman and was eager to fly down the hill.


I slowly approach the tip of the slope and position myself in a cool stance preparing myself. As I cut the snow down the hill, the first few seconds, I was looking good. Then suddenly the speed catch up really fast...and I.....wooopppsss....Well, I flew alright...I flew down the hill like no other. I flew down the hill backwards and upside down.....Like Jack I came down the hill tumbling over and over, just without the bucket.

It was a nice session snow boarding. However, I was aching all over. I seem to have hurt my wrist much from the impact I take during a fall. And the moment I reach home, I was so exhausted I slept straight away, only to wake up realizing bruises here and there.

The next day was even worst, besides the bruises, I got myself a flu and fever.
Well, I guess now I need recovery time before I start work. This sick time will help me get out of the vacation mood definitely.