Sebelum pulang ke Malaysia December lepas, saya telah mengambil peluang cyber sale sempena hari christmas yang diadakan dengan besar-besaran di Amerika Syarikat untuk membeli sebuah laptop baru untuk kegunaan peribadi saya. Mahupun laptop lama saya itu masih elok digunakan, namun ianya telah kelihatan usang, dan lebih baik diberikan kepada Kakak saya supaya dia boleh mengemas kinikan laman web facebooknya dengan mudah.
Laptop yang saya beli ialah Ideapad Lenovo S10. Ramai yang hairan mengapakah saya beli laptop yang sebegitu kecil sebegini. Kuasa processornya tidak lah begitu pantas dan screen terlalu kecil untuk keselesaan membuat kerja. Tetapi, objektif saya untuk membeli laptop Ultra Mobile PC ini ialah kerana ianya adalah begitu mobile. Mobiliti merupakan salah satu ciri yang penting yang saya perlukan dalam sebuah laptop. Kalau hendak cerita pasal laptop yang memberikan mobiliti yang paling maksimum, memanglah pilihan pertama saya ialah Sony Vaio ultra slim yang ringan lagi nipis. Namun harganya adalah terlalu mahal untuk saya perolehi, lebih kurang yang paling murah pun RM6k+. Laptop harga ribu riban ni kalau hilang memang menangis. Jadi, aper yang saya beli ialah Ideapad Lenovo S10, yang hanya 400usd. Ia adalah kecil, ringan dan processornya dicipta khas untuk berfungsi dengan menggunakan kuasa batteri yang paling minima. Lenovo S10 mampu berfungsi tanpa batteri selama 3 jam, dan dengan menggunakan batteri expansion, boleh bertahan selama 6-9 jam.
Adalah menjadi kebiasaan saya untuk pergi kemana saja bersama laptop. Yang penting laptop itu ada kebolehan untuk menggunakan wifi, dan ianya cukup ringan supaya boleh diangkut kemana saja saya pergi. Dengan camera built-in yang mudah untuk saya berhubung dengan keluarga tersayang dan buah hati. Saya juga sering mengembara, jadi kuasa batteri yang lama adalah penting bagi seorang pengembara seperti saya. Setelah 3 bulan menggunakan Ideapad S10 ini, dengan default installationnya iaitu Windows XP, saya tidak tahan lagi dan ingin memasukan perisian Debian Linux. Ini adalah kerana saya lebih selesa membuat kerja programming diatas linux dari menggunakan windows. Hari minggu yang sunyi ini, saya telah menggambil masa beberapa jam untuk mengisikan Debian linux keatas laptop ini. Segala maklumat terperinci untuk memasukkan perisian debian linux saya dokumenkan di mydebian.
Bila dirumah, saya sambungkan laptop kecil ini ke sebuah monitor, tetikus usb dan keyboard usb. Ini adalah kerana, untuk kegunaan berjam-jam dirumah, memang sakit mata melihat screennya hanya 10 inchi dan resolutionnya hanya 1024x600. Untuk seorang yang sering bergerak, laptop ini memang sesuai. Jika bukan sebab mobiliti, laptop ini terlalu kecil umpama mainan sahaja. Lebih elok beli laptop dell yang boleh dibeli dgn usd500++.
demam ape ko tulis blog dalam BM nih. flu lepas main salji ka hak hak
ReplyDeleteI believe that we should be able to write in English as well as B.Melayu with style. I know my B.Melayu does not sound as creative as my English, but this is a great place for me to practice. Oleh yang demikian, sekiranya ada komen-komen tentang cara untuk menulis dalam B.Melayu, tolong berikan komen yang membina. Boleh jugak saya belajar menulis dalam B.Melayu dengan lebih menarik serta dapat menyampaikan idea dengan lebih mantap lagi. Seperti bekas P.M kita yang begitu bijak menulis dalam B.Melayu mahupun English, ingin juga saya pelajari kemahirannya itu.
ReplyDeletejoey, seriously aku ingat hang tulis dalam indon rupanya BM. :P
ReplyDeletenullbytes: Siut jer ko. At least I try to learn to write in B.M
ReplyDeleteLorat bahasa indon tu rasanya datang dari pembantu rumah yang telah menjaga ku semasa kecil dulu. Apa nak buat....
Saya rasa terpegun melihat kesungguhan saudara menulis entri saudara dalam Bahasa Melayu. Pujian seharusnya diberikan di atas usaha saudara itu.
ReplyDeleteS10 sebagai komputer riba pilihan, merupakan satu keputusan yang bernas. Memandangkan saiznya yang kecil, mudah utk di bawa ke mana2. Di samping harganya juga agak berpatutan.
Saudara Ayoi: Terima kasih keatas sokongan yang diberikan dalam usaha saya utk menulis dalam B.M. Mohon dapat memupuk bakat dalam mengarang didalam bahasa ibunda.
ReplyDeletePilihan yang saya buat itu yang pertama kerana mobiliti, yang keduanya kerana ekonomi. Yerlah, time ekonomi meleset ni kena lah kita berjimat cermat.