Ini merupakan percubaan kali kedua saya untuk meningkatkan lagi bakat di dalam berbahasa ibunda. Dengan cara ini, saya percaya kita dapat mengekalkan jati diri melayu, disamping menakluki ilmu globalisasi dunia.
Topik yang ingin saya sampaikan kali ini ialah mengenai isu ketagihan. Jika ingin dibicarakan mengenai isu ini, sememangnya terdapat berbagai-bagai ragam dan cara. Manusia ini sememangnya tiada yang sempurna. Walaupun kita sentiasa berusaha untuk menjadi lebih sempurna, namun ada sahaja kelemahan di dalam diri setiap manusia tanpa kita sedari,
Selama ini saya percaya bahawa saya mampu melakukan apa sahaja aktiviti yang saya gemari. Mungkin hanya tinggal beberapa sahaja aktiviti lain yang masih belum saya lakukan seperti "sky diving", "ice climbing" dan banyak lagi. Namun, Seperti manusia lain, saya juga mempunyai pelbagai kelemahan. Salah satu kelemahan saya ialah ketagihan merokok. Sudah hampir beberapa kali saya mencuba untuk berhenti merokok. Namun, paling lama yang saya mampu bertahan hanyalah 3 hari. Itupun setelah habis mengigil dan mengigit kuku jari tangan kerana tidak mampu untuk bertahan. Mungkin jika masuk hari ke empat, berkemungkinan saya akan menggigil sehingga menggigit kuku jari kaki saya pula. Bagi saya, ketagihan merokok ini terlalu sukar untuk diatasi. Jikalau tidak, masakan syarikat rokok semuanya mampu menjadi kaya raya. Saya percaya, untuk berhenti merokok adalah terlalu sukar dan merupakan cabaran yang paling hebat. Lebih hebat berbanding belajar untuk mendapatkan PhD. Ketagihan ini juga sudah pastinya menjadi kelemahan ramai lagi lelaki-lelaki macho di luar sana yang mana jika dicabar untuk bergaduh, sudah pasti mereka berani untuk bertumbuk. Tetapi jika dicabar untuk berhenti merokok, pasti mereka tidak mampu bertahan terutamaya sewaktu “melabur” di dalam tandas.
Bukan itu sahaja, malahan terdapat pelbagai lagi ketagihan yang dihadapi oleh kaum lelaki. Seperti yang telah saya nyatakan, ketagihan ini terdapat di dalam berbagai-bagai cara dan jenis. Ada ketagihan pada arak, ketagihan pada dadah dan jugak ketagihan pada wanita. Walau bagaimanapun, masih terdapat ketagihan lain yang jarang kita dengar seperti ketetagihan berlagak alim yang mana seseorang itu perlu untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain bahawa dirinya itu adalah seorang yang alim. Saya mengkategorikan ianya sebagai ketagihan, kerana individu yang berlagak alim ini sememangnya perlu membuat orang lain merasakan bahawa dirinya itu seorang yang alim dan perlu dihormati hanya untuk membuat drinya merasa selesa. Samalah seperti merokok, di mana seseorang itu, perlu merokok hanya untuk membuat dirinya merasa selesa.
Bukan kaum lelaki saja yang mempunyai ketagihan-ketagihan ini. Malahan, ada juga ketagihan lain yang secara umumnya terdapat pada kaum wanita. Tetapi jangan salah sangka kerana kaum lelaki juga mempunyai ketagihan seperti ini. Contohnya, ketagihan mengumpat. Saya mengkategorikan mengumpat ini sebagai satu ketagihan, kerana terdapat beberapa individu yang sememangnya perlu untuk mengumpat hanya untuk membuat dirinya merasa selesa. Jika sehari tidak mengata perihal orang lain, sememangnya membuat dia merasa gatal dan tidak senang duduk sehingga terpaksa menggigit kuku jari. Ketagihan seperti ini sememangnya banyak terdapat di syarikat saya dahulu.
Bukan itu sahaja malahan ada juga yang lebih daripada mengumpat seperti suka membuat cerita perihal orang lain lalu di tokok tambah pula dengan mitos-mitosnya yang tersendiri seperti memburuk-burukkan orang lain dan sebagainya. Bila berkesempatan, ada sahaja modal mereka untuk memburukkan orang lain lalu mengheboh-hebohkan cerita kepada semua orang. Kononnya itu merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang yang beriman dan warak. Baginya, sebagai seorang Muslim, dia perlu mengambil tindakan yang kononnya tidak dia ingini sama sekali. Padahal dia cuba berlindung disebalik alasan yang kononya dia tidak sesekali ingin menceritakan perihal buruk orang lain tetapi terpaksa kerana baginya perkara itu terlalu buruk dan mengakibatkan dirinya terpaksa memberitahu semua orang yang dia kenali. Padahal, sekiranya betul dia itu seorang yang beriman dan warak, sudah tentu dia akan menegur dengan sendiri setiap perbuatan buruk yang dilakukan oleh orang lain tanpa perlu membawa cerita dan akan cuba mempertahankan maruah individu tersebut dari tersebar luas. Tetapi, yang sebenarnya apa yang dilakukan itu bukan lah kerana kewarakannya, tetapi kerana ketagihannya. Jika tidak diceritakan kepada orang dan memburuk-burukkan orang lain, maka menjadikan hidupnya tidak senang duduk sama sekali.
Sememangnya Allah telah menciptakan manusia penuh dengan kelemahan. Masing-masing mempunyai kelemahan dan ketagihannya yang tersendiri. Cubalah kita fikirkan sejenak mengenai ketagihan lain yang tanpa sedar kita miliki. Jika kita tidak mampu untuk menghapuskannya, cukuplah sekadar menyedarinya agar menjadi satu tahap permulaan untuk kita cuba mengatasinya.
Diharapkan penulisan saya pada kali ini tidaklah berbunyi seperti warga Indonesia yang ingin berbahasa Melayu Malaysia.....
--Telah disunting semula oleh my beloved Editor 16/02/2009

warga indonesia ingin berbahaya Melayu Malaysia..
ReplyDeletegot typo error....
but you're right. i've got someone in my office....a woman who is like this.....
every day got something to mengumpat about....abt her neighbors....artis malaysia dll.we call her CNN in the office.
tang berhenti rokok tu....if you really want tu....u can do it. abang rizman has done it....
Terdetik dihati sebentar tadi yang saya mungkin tersesat ke blog orang yang asing bagi saya, tetapi rupanya tidak.
ReplyDeleteSyabas di atas usaha saudara. Saudara telah membincang satu isu yang cukup menarik. Mungkin tidak begitu relevan pada diri saya yang kali terakhir cubaan merokok adalah di asrama suatu ketika dahulu.
Mungkin juga kerana pengaruh rakan sebaya ketika itu, ditokok tambah dengan khayalan yang diwarwarkan oleh pihak media. Ditonjolkan kepada kalian anak muda, jikalau menghisap segulung tembakau, diri seseorang itu mampu pergi ke London, Paris dan New York sambil digapit oleh si dara jelita sambil bersandar di atas kereta Ferrari berwarna merah. Apatah lagi, lagak Slash menghisap rokok Marlboro sambil bermain gitar amatlah gagah dipandang mata.
Apabila dibicarakan berkenaan satu ketagihan, ianya tentu melingkupi semua golongan manusia seperti contoh yang diberikan; 'berlagak alim" "mengumpat" (mengupat?) dan lain-lain. Contoh lain yang saya mahu nyatakan disini ialah ketagihan konflik iaitu seseorang yang sukar menerima sesuatu seadanya kerana di dalam jiwanya penuh prasangka.
Tentu pasti sebarang ketagihan itu ada ubatnya. Kalau di pinggir lebuhraya di sini, ada sahaja papan iklan tentang penawar kepada ketagihan tembakau itu. Harus juga diakui bahawa masalah ini masalah yang popular. Apatah lagi, ketagihan tembakau itu lebih kuat daripada ketagihan marijuana.
Sis Mel..: Yeah, working on the typos. Bagi tahulah yang mana typo-nya, bolehlah juga diperbetulkan sedikit. kalau CNN sahaja tak mengapa, tapi kalau menyakitkan hati tu, susahlah juga untuk terima.
ReplyDeleteAzwad: Wow, hang tulis BM memang aku kagum. Bunyi sedap jer. Tak macam aku ni. Malulah kita nie melayu tapi bahasa melayu tongang terbalik. Harap2, kalau biasa menulis ni, tentu dapat menulis BM dengan lebih baik. Mungkin sampai juga tahap BM mcm hang. Nak bercakap dengan menulis nie jauh perbezaan. Macam theory dengan praktical. Menulis ni perlukan juga seni, yang buat masa sekarang ni, takde langsung.
Joey,
ReplyDeleteGraduan Undang-Undang Uitm perlu mengambil subjek "Bahasa Melayu Untuk Pelajar Undang-Undang".
Mungkin itu sebabnya. Lagipun memang aku minat menulis dan membaca.
aswad: Patutlah hang hebat menulis dalam BM. Baguslah kalau begitu. Kita perlukan rakyat Malaysia yang kaya dengan ilmu.
ReplyDeleteWah, this is one side of Joey I have not seen before! :-) Congrats on trying to write in Malay, bro. It's not easy.
ReplyDeleteHmm... regarding trying to quit smoking, good luck! I dare say it's still not as bad a vice, as taking drugs or 'mengumpat'. He he he he. And yes, men also mengumpatlah, not only women. :-P
i would consider mengumpat and fitnah nie lagi teruk dari hisap dadah. At least hisap dadah binasakan diri sendiri jer. But mengumpat, kan really cause harm to a lot of people. Regardless if it is true or not.
ReplyDeleteDalam Islam pun dosa fitnah tu lebih besar daripada dosa membunuh.
ReplyDeleteMana-mana kita pergi, ada sahaja orang yang macam tu. Kadang-kadang kita pun jadi macam tu.
Hai Encik Joey,
ReplyDeleteSekadar untuk melawat-lawat blog orang lain, saya secara tidak langsung tertarik dengan topik yang Encik Joey bincangkan.
Untuk makluman semua, saya pun mengalami masalah ketagihan dengan rokok.
Saya sangat setuju dengan encik Joey, memang sukar untuk membuang tabiat ini.
Tapi walau bagaimana pun, apa yang ingin saya katakan bahawa saya tetap bersyukur sebab saya bukan ketagih pada dadah atau arak.
Tapi saya harap tabiat buruk merokok saya akan dapat dihindari dgn segera begitu juga dengan semua.
Dalam menyahut usaha murni saudara bagi memartabatkan bahasa melayu, saya juga akan memberikan komen saya dalam bahasa jiwa bangsa kita ini.
ReplyDeleteSetelah sekian lama tidak bekecimpung dalam aktiviti melawat laman laman web di internet, akhirnya saya berjaya juga meluangkan sedikit masa untuk membaca ruangan coretan saudara. Pandangan saya, isu yang dibahaskan walaupun sebuah isu yang kerap kali diketengahkan, saya rasa isu ini tidak pernah lapuk. Masalahnya, isu ini amat sukar untuk dilenyapkan kerana ia telah wujud sejak berkurun lamanya dan selama mana manusia itu bernafsu, selama itulah ketagihan akan menjadi penyakit. Namun dengan peringatan peingatan seperti coretan ini, mungkin isu ini akan dapat dibendung dengan lebih efektif di masa akan datang.
Syabas diatas usaha saudara.
Syabas sekali lagi. Usaha saudara dalam memertabatkan bahasa kebangsaan seharusnya diberi pujian dan galakan.
ReplyDeleteDalam usaha membuang tabiat merokok, secara peribadi saya sendiri membuat beberapa kali percubaan sehinggalah berjaya sepenuhnya beberapa tahun lepas. Apa yang saudara perlu adalah ketabahan dan kecekalan dalam meneruskan usaha saudara.
Saya berdoa dan berharap saudara akan berjaya berhenti merokok.
Berusahalah!
Aswad: Agree with you bro. We are not perfect beings after all.
ReplyDeleteKhalid: Mari lah kita sama2 berusaha, although i will take my own sweet time.
Ainnie: You BM not bad haa. Glad to know you are up and surfing again. Congrats.
Ayoi: Tulah, inipun dah usaha yang keseratus kali kut. But, every sem, i will try again...:)