Tuesday, April 28, 2009

Kata-kata terakhir Lukman

Baru-baru ini, saya mendapat email yang mengingatkan sahabat ku semasa membuat MBA dahulu. Email tersebut datangnya dari sahabat ku Razali  dan bersama email tersebut, dia menyertakan hasil tulisan sahabat ku Lukman,  yang saya berpeluang mengenalinya semasa mengambil MBA bersama.

Saya tidak lah begitu rapat dengan Saudara Lukman, kerasa Lukman adalah seorang yang introvert, pendiam, dah bersopan santun orangnya. Namun, dia memang baik dan sering menegur dengan senyumannya yang ikhlas dan manis. Pada pandangan saya, dia juga seorang yang sangat bijak. Saya sering mengambil perhatian apabila Lukman memberi pandangannya. Walaupun jarang bercakap, tapi bila bercakap, memang berisi. Saya percaya, sahabat2 lain pun mempunyai pandangan yang sama terhadap Lukman seperti saya.

Lukman merupakan seorang Lecturer yang hampir memperolehi PhD-nya. Saya percaya, jika Lukman menjadi seorang tenaga pengajar, Lukman mungkin akan menjadi seorang Professor yang akan banyak berbakti kepada anak2 muda dan negara Malaysia. Namun, setelah tamat MBA, Lukman didapati mengidap penyakit kanser. Tahun lepas, Lukman meninggal dunia dan berita terkejut itu membuat sahabat2 kelas MBA kami sangat sedih. 

Didalam email yang baru saya dapat ini, ada disertakan hasil tulisan nya. Hasil tulisannya original dan datangnya dari hati. Terasa sebak dihati bila membaca hasil tulisan Lukman. Memang seorang yang kreatif, dan mempunyai bakat seorang karyawan. Disini juga, saya akan menghormati hasil kerjanya, dan memberikan luangan blog saya ini untuk menyampaikan pesanannya kepada rakan2. Semoga kata-kata terakhirnya boleh memberi manfaat kepada orang lain. 

Kepada Lukman, seorang yang berbakti, baik dan dihormati, terima kasih utk kata2 akhir mu.....dan semoga mu selamat dan gembira bersama Allah.

AKU CAPEK YA ALLAH
Besarnya dugaanMu kepadaku Ya Allah
Sehinggakan ke tahap aku terasa betapa capeknya aku
Tidak ku jangka begini tahap ujianMu kepada ku Ya Allah
Bermula ujianMu satu persatu terhadapku
Berikanlah kekuatan untuk aku menghadapi semua ini Ya Allah
Hanya kepadaMu aku sembah dan kepadaMu jua ku pohon pertolongan
Berikanlah aku jalan keluar Ya Allah.
Tidak ingin ku tempoh perjalanan sebegini lagi.
Sememangnya aku sudah capek Ya Allah.
------------------------
Jalan Kebun,
1 November 2008
1.03pm
Ku tetap yakin dengan qadak dan qadarMu Ya Allah.
-------------------------------------------------------------------------------------

 MALAM INI – LAILATUL QADR
Hadirnya pada salah satu malam-malam ini
Kutunggu
Kupohon kepadaNya
Agar dikurniakan ku kelebihan malam ini
Malam yang lebih baik dari seribu bulan
Mungkin aku tidak punyai tempoh ini
Untuk beribadah kepadaNya
Kupohon kepadaNya
Agar dikurniakan ku keselamatan pada malam ini
Malam yang lebih baik dari seribu bulan
Mungkin aku tidak punyai tempoh ini
Untuk beribadah kepadaNya
Hadirnya
Kutunggu!
-----------------------------
Bank Rakyat
8 Sept 2008 / 8 Ramadhan 1429H
11.20am
Meyakini firman Allah dalam surah al-Qadr. 
Kupohan agar diberikan segala kelebihan malam ini.
-------------------------------------------------------------------------------

DAERAH INI SUNYI
Daerah ini sunyi
Tidak pernah ku ke sini
Cuma pernah diperingati
Akhirnya nanti ku kan ke sini
Daerah ini sunyi
Tiada teman di kala sepi
Hanya amalan yang memungkini
Nikmat atau azab yang bakal menemani
Daerah yang sementara ini
Mengingatkankan ku pada yang telah pergi
Sebelum aku lagi
Pada ayahanda yang sentiasa ku kenangi
Dalam daerah yang sunyi ini
Moga ku ketemu ayahanda di sini
Dalam redha dan lindungan Ilahi
Hingga ke mahsyar nanti
--------------------------------
Idaman Sutera
6 Sept 2008 / 6 Ramadhan1429H
745pagi
Mengenang ayahandaku yang telah pergi, takkan kembali. 
Ku akan menyusul nanti. Itu pasti.
----------------------------------------------------------------------------------

KU KETEMU RAMADHAN LAGI
Dalam syukurku kepada Mu Ilahi
Panjang usia ku hingga kini
Dapat kutambah amalan lagi
Satu Ramadhan lagi
Ramadhan yang lepas mengimbau kembali
Dapatkah usia ku menginjak ke Ramadhan ini
Kesihatanku yang tidak memungkini
Alhamdulillah, kini ku di Ramadhan ini
Moga Kau berikan segala kekuatan
Untuk ku menambah amalan
Sebagai bekalan
Di hari kemudian
Yang tiada keraguan
------------------------------------
Idaman Sutera
6 Sept 2008 / 6 Ramadhan 1429H
758pagi
Mensyukuri nikmat kesihatan yang diberi. 
Dipanjangkan umurku hingga kini. 
Ketika Ramadhan yang lepas, 
ku tidak pasti dapat sampai ke Ramadhan ini.
--------------------------------------------------------------------------------

6 comments:

  1. very touching!!

    Besarnya dugaanMu kepadaku Ya Allah Sehinggakan ke tahap aku terasa betapa capeknya aku
    Tidak ku jangka begini tahap ujianMu kepada ku ya Allah ...

    p/s minta izin utk copy n paste this Aku Capek ya Allah pada blog saya, bleh? syukran.

    ReplyDelete
  2. Sedih dan terharu aku bila baca ni. You're lucky to meet such a person.

    ReplyDelete
  3. Touching entry Joey... someone once told me, the good die young. May Allah bless his soul.

    ReplyDelete
  4. anonymous: Boleh....if can give credit tu Lukman

    Azwad: Yes, Im lucky, he is one brilliant guy.

    Ash: I heard of that too. I'm sure there is a place for him in heaven.

    ReplyDelete
  5. alFathihah utk Lukman .. "credit" yg berterusan insyaAllah dari Allah utk Lukman atas peringatan darinya yg kita tolong sampai2kan.

    terima kaseh atas izin.

    ReplyDelete
  6. touching nyer ...yeah the good die young..I've heard that before

    ReplyDelete

I don't really wish to moderate any comments, but its necessary to avoid spammers.