Tak faham saya, kenapa lah dorang nie? Mandi tu renjis-renjis jer ker? Kalaulah dah tahu bau mcm tong sampah kalau berpeluh, pakailah roll-on dekat ketiak, mandi dan gosok betul-betul dan pakailah syampoo dan minyak wangi. Malah, bukankah best kalau panas-panas nie kita mandi. Bukannya kena bayar pun bill air dekat negara macam Amerika nie.
Saya cerita pasal bau ketiak nie sebab ader lah sorang ni, sahabat X yang sering suka melepak dengan saya. Saya tak kisah lah kalau masa musim sejuk dulu. Tapi baru-baru nie, sungguh kurang menyenangkanlah. Kekadang, bau ketiak tu sangatlah tengik, sampai sesak nafas saya. Rasa nak muntah pun ader. Malah kalau lalat hinggap pun, mau pitam lalat yang hinggap tu.
Masalah dengan sahabat X nie, mcm maner lah kita nak tegur. Boleh lah cuba-cuba bagi teguran secara halus dan berkias. Tapi boleh pula si X nie, buat tak faham. Takkan lah kita nak cakap kat dia..."Woi, ketiak lu bau macam tong sampah lah oii". Segan pulak lah kawan tu. Ada sekali nie, sahabat X tumpang kereta saya untuk pulang kerumahnya. Saya dah kurang sedap hati, sebab memang tahu lah baunya akan melekat dalam kereta saya. Jadi bila dia masuk tu, saya cepat-cepat buka tingkap keempat-empat tingkap kereta saya. Lepas tu, saya cakaplah..."Awak ada bau tak bau macam tak senang", dengan cara yang berkias-kias bahasa. Dia pula terkerut-kerut dahinya. Saya ingat, dia dapat lah message yang ingin ku sampaikan. Lepas tu dia kata, mungkin pasal kasut dia yang dah buruk ni, dah lama dia tak basuh. Ler, ader ker bau kasut pulak. Orang nak bagi tahu dia yang dia bau ketiak, kasut lak yang dia ingat. So, terpaksa lah saya memberi teguran yang kurang berkias sikit, jadi saya tanya lah dia. Awak mandi tak tadi? Mr. X lak pandang saya macam tak faham. Lepas tu tergelak, dan kata, mesti lah mandi, apa kena mengena bau kasut dia dgn mandi nie, dia kata. Ler, tak faham jugak. Sebab tak faham juga, saya pun berputus asa lah nak tegur dia. Saya pun segan nak bagi tahu. Jadi, saya tahan aje lah nafas dan drive laju-laju. Yang pasti, tingkap terbuka dan aircon mesti tutup.
Saya pun takut juga kalau-kalau bau mcm terung busuk ataupun bawang busuk. Jadi, saya pun pastikan, yang saya selalu mandi dan pastikan baju yang dipakai tu kering dan tak berbau. Ditambah lagi dengan minyak wangi untuk memastikan yang kita nie tak lah berbau tengik. Jadi kepada sahabat-sahabat yang lain, jangan jadi macam sahabat X. Kalau kawan-kawan ader bagi teguran berkias tu, faham-faham jer lah. hehehehe