Wednesday, May 27, 2009

Bau Ketiak masam Tengik Baceyn

Di waktu musim panas (summer), bertambah lah bau ketiak masam tengik baceyn yang datangnya dari sesetengah individu. Hairan sungguh, kalau di musim sejuk(winter), tak ada lah pulak macam nie, tiba saja musim panas nie, bukan nak kata kalau yang berbau tu duduk sebelah kita baru bau, kalau yang sibusuk tu masuk kelas sejam sebelum pun kita boleh tau. Sesungguhnya, bau ketiak ni unique, boleh kenal bau busuk individu yang mana. Saya cukup tak faham, orang yang bau ketiak nie, tak perasan ker dia bau mcm tong sampah basah. Bau macam daging busuk pun ader. Kekadang ader juga yang bau mcm stokin basah busuk direndam dalam bawang masam. Macam-macam bau ader lah.

Tak faham saya, kenapa lah dorang nie? Mandi tu renjis-renjis jer ker? Kalaulah dah tahu bau mcm tong sampah kalau berpeluh, pakailah roll-on dekat ketiak, mandi dan gosok betul-betul dan pakailah syampoo dan minyak wangi. Malah, bukankah best kalau panas-panas nie kita mandi. Bukannya kena bayar pun bill air dekat negara macam Amerika nie.

Saya cerita pasal bau ketiak nie sebab ader lah sorang ni, sahabat X yang sering suka melepak dengan saya. Saya tak kisah lah kalau masa musim sejuk dulu. Tapi baru-baru nie, sungguh kurang menyenangkanlah.  Kekadang, bau ketiak tu sangatlah tengik, sampai sesak nafas saya. Rasa nak muntah pun ader. Malah kalau lalat hinggap pun, mau pitam lalat yang hinggap tu.

Masalah dengan sahabat X nie, mcm maner lah kita nak tegur. Boleh lah cuba-cuba bagi teguran secara halus dan berkias. Tapi boleh pula si X nie, buat tak faham. Takkan lah kita nak cakap kat dia..."Woi, ketiak lu bau macam tong sampah lah oii". Segan pulak lah kawan tu. Ada sekali nie, sahabat X tumpang kereta saya untuk pulang kerumahnya. Saya dah kurang sedap hati, sebab memang tahu lah baunya akan melekat dalam kereta saya. Jadi bila dia masuk tu, saya cepat-cepat buka tingkap keempat-empat tingkap kereta saya. Lepas tu, saya cakaplah..."Awak ada bau tak bau macam tak senang", dengan cara yang berkias-kias bahasa. Dia pula terkerut-kerut dahinya. Saya ingat, dia dapat lah message yang ingin ku sampaikan. Lepas tu dia kata, mungkin pasal kasut  dia yang dah buruk ni,  dah lama dia tak basuh. Ler, ader ker bau kasut pulak. Orang nak bagi tahu dia yang dia bau ketiak, kasut lak yang dia ingat. So, terpaksa lah saya memberi teguran yang kurang berkias sikit, jadi saya tanya lah dia. Awak mandi tak tadi? Mr. X lak pandang saya macam tak faham. Lepas tu tergelak, dan kata, mesti lah mandi, apa kena mengena bau kasut dia dgn mandi nie, dia kata. Ler, tak faham jugak. Sebab tak faham juga, saya pun berputus asa lah nak tegur dia. Saya pun segan nak bagi tahu. Jadi, saya tahan aje lah nafas dan drive laju-laju. Yang pasti, tingkap terbuka dan aircon mesti tutup. 

Saya pun takut juga kalau-kalau bau mcm terung busuk ataupun bawang busuk. Jadi, saya pun pastikan, yang saya selalu mandi dan pastikan baju yang dipakai tu kering dan tak berbau. Ditambah lagi dengan minyak wangi untuk memastikan yang kita nie tak lah berbau tengik. Jadi kepada sahabat-sahabat yang lain, jangan jadi macam sahabat X. Kalau kawan-kawan ader bagi teguran berkias tu, faham-faham jer lah. hehehehe

10 comments:

  1. pfff... I feel you my friend...hahaha
    lain kali ko lock jer keter ko tuh... pastuh ca alif bot (^_*)

    ReplyDelete
  2. not to racial profiling here but is your friend mid-easterner?

    ReplyDelete
  3. anonymous: Ader gak lah hati nak buat camtu. Tak terbuat lah pulak.

    Marjan: hmmm, kena cover line ckp bahasa melayu. Kawan nie geng Sami Vellu. Tapi mamat middle eastern nie sama gak kat sini.

    ReplyDelete
  4. adeHh!! mesti tak cukuq bulu ketiak tu .. tapi kan kalo dah memang jenih berbau ketiak ni .. mandi sepuluh kali sehari pun bau jugak! lagilah kalo peluh sikit .. pengsanNN!

    ReplyDelete
  5. Anonymous: Hmm, tak tahu lah sebab aper kan. Aku pun tak lah check kalau ader bulu ketiak ker endak. Tapi busuk mcm maner pun, kalau pakai Roxena mesti tak berbau yer...

    ReplyDelete
  6. HAHAHA!!

    Nice one!

    tp mmg ssh gila nak tegur org yg ketiak berbau ni. pengalaman saya, saya bagi hint dengan belikan org itu deodoran. Heeeee

    dan ianya berjaya!

    ReplyDelete
  7. haishhh.... hadiahkan saja deodorant. dan jgn lupa pesan kat dia supaya pakai hari2 (takut dia x tau lak apa gunanye bende tu) hahahaha

    ReplyDelete
  8. bro... atau pun suggest dia org pakai bedak Hibka... kat pasar keramat ada jual ;).

    ReplyDelete
  9. senang ja,kasik dia ubt gegat utk ditumbuk halus2,dan lumur pd ketiak berbau.gerenti ilang segala bau tengik yg ada!hikhikhik....

    ReplyDelete
  10. Hahaha, benda macam ni pun ko boleh buat modal ber-blog.

    ReplyDelete

I don't really wish to moderate any comments, but its necessary to avoid spammers.