Lama sungguh tidak diupdate blog ku ini. Sejak dua menjak nie, memang sering sibuk. Selain dari kerja research yang harus dibuat, ader juga hobi baru sekarang nie, yang mengambil masa dari activity blogging. Antara hobi yang terbaru ini ialah hobi menjadi mekanik kereta. Ada juga hobi hiking, hobi rock-climbing, hobi berjogging, hobi swimming, tetapi, hari ini, nak cerita pasal hobi menjadi mekanik kereta.
Hobi mekanik kereta ini bukan lah sesuatu yang datangnya dari minat. Tetapi datangnya secara tak sengaja. Mulanya begini, pada suatu hari jumaat yang lepas, saya mengambil masa untuk menghantar kereta ku untuk diservis. Sudah lama kereta ku ini tidak diservis. Kalau tengok ikut mileage, memang sudah tiba masa untuk masuk ke bengkel untuk menukar minyak hitam. Pagi itu, setelah memanaskan, saya mula berjalan ke bengkel berdekatan untuk menukar minyak hitam. Elok pagi itu juga, kereta ku mula merengek. Ada pula bunyi pelik dekat tayar. Tapi saya tak layan perangai mengada-ngada kereta ku, dah terus berjalan ker bengkel.
Sampai dibengkel, ku sampaikan hajatku ke mekanik orang putih tersebut untuk menukar minyam hitam kereta ku. Sambil itu, ku arahkan mekanik tersebut untuk tengok kan ape yang kereta ku itu sibuk merengek dibahagian tayar. Seteleh diangkat kereta ku, mekanik tersebuk turun dibawah kereta dengan penyuluh lampu dan kembali dengan kerut-kerut di dahi sambil senyum cover line. Saya dapat rasakan yang mekanik ini sudah tahu banyak benda yang perlu ditukar dan inilah peluangnya untuk mengetuk licin pocket mamat melayu nie. Apa yang diperhatikan mekanik tersebut ialah break pad depan kereta telah haus. Jadi itulah punca merengek kereta itu. Tambah lagi katanya, disc break rotor di tayar belakang sudah habis berkarat dan tidak ader grip, sambil break padnya juga sudah haus. Semua ini perlu ditukar katanya. Saya menyuruh mekanik tersebut membuat anggaran cost untuk membaiki semua yang rosak. Setelah sepuluh minit, dia kembali dengan anggaran sebanyak USD150 utk break pad dibahagian depan, dan USD300 utk menukar disc rotor dan break pad dibahagian belakang.
Tanpa termasuk servis, sudah USD450. Terkejut beruk saya, tetapi masih buat tenang. Saya kata, tunggu sebentar, kena pulang rumah tanya tuan rumah dulu. Saya ni tukang hantar kereta sahaja untuk diservis. Jadi mekanik tadi dengan kecewa, mengatakan, baiklah, dengan berat hati dia melepaskan saya dengan harapan akan kembali untuk menukar semua masalah break.
Setelah pulang, bermula lah hobi saya sebagai mekanik. Puas saya google untuk mencari tutorial. Terutamanya, utk menukar break pad dan disc break rotor. Semua nie sebab saya nie dah sengkek, tak sanggup nak bayar mekanik USD450. Kalau dulu takut benar untuk membuka screw kereta, tapi kerana nak jimat punya pasal, kenalah berani.
Setelah beberapa tutorial online, dan merasa yakin. Saya pergi mendapatkan alat-alat untuk membuat kerja mekanik ini sendiri. Saya beli, jack stand (bukan jack kereta, ini sudah default ader dalam kereta) supaya boleh jack kereta dan biar kereta landing dan berdiri atas dua kaki jack stand ini. Dengan adernya jack stand, bolehlah saya duduk bawah kereta membaiki apa-apa yang patut tanpa risau jack kereta tergelincir, gagal ataupun jatuh. Juga dibeli beberapa spanar untuk membuat kerja. Semua cost tersebut, termasuk break pad ceramic untuk depan dan belakang, hanya lebih kurang USD180.
Setelah tukar break pad tayar depan, minat pula saya untuk membetulkan kereta sendiri. Keesokkannya pula, saya membaiki disc break tayar belakang dan tukar break pad. Puas hati juga dapat membetulkan kereta sendiri. Selama nie tak tahu bukan nya susah sangat untuk membuat kerja mekanik ini sendiri.
Inilah Disc break kereta saya yang dah habis berkarat. Hanya separuh jer yang dicengkam, separuh lagi, dibahagian luar disc break habis dah jadi rapuh bersisik-sisik dengan karat. Sebelum masuk musim sejuk, kena lah tukar. Kalau tak, bahaya, kerana jalan licin dan campuran salji dengan garam yang ditabur untuk mencairkan salji akan menyebabkan karat ini menjadi lebih teruk. Oleh yang demikian, bahagian disc break rotor dan break pad kereta ini kena lah ditukar dengan segera. Barulah saya faham aper yang dimaksudkan mekanik tu dulu. Ingat kan nak ketuk saya jer.
Tapi dia ketuk part labor cost dan parts tu rasanya dia markup lah 100%. Yang puas hati bila buat sendiri, kita dapat pilih sendiri parts tu dari kedai dan tahu quality aper yang kita nak letak. Contohnya, untuk tayar belakang nie, saya pakai standard metalic base break pads. Tapi yang belah depan, saya pakai ceramic break pads. Ceramic break pads nie best, lebih senyap dan bersih tanpa habuk. Ini penting sebab tayar depan nie lah yang break banyak buat kerja untuk bentikan keta. Kalau pakai metalic base, banyak habuk lah dan bising pula bila kita break kuat. Tambah pula sebab habuk yang banyak, kena lah cuci tayar kereta selalu.
Kalau boleh, untuk disc break rotor belakang nie nak pakai yang mahal punya sikit. Tapi aper nak buat, nak jimat. Jadi saya beli lah yang standard punya disc break rotor. Janji ader warranty 2 tahun, dan tahan karat. Ader juga disc break rotor yang lagi murah, tapi takut tak tahan lah pulak. Ader juga disc break rotor yang cantik, siap ader lubang-lubang perhiasan untuk prestasi breaking yang hebat. Tapi yerlah, bukannya saya nak bawak racing. Bawak gie berjalan jer. Jadi buat masa nie cukup lah dengan standard rotor jer.
dude... been there. Benda yang aku kena buat sendiri adalah...
ReplyDeletetukar disk break pad
tukar drum break shoes... lagi susah
and tukar lowered springs...
tapi bro skill yang aku tak de ialah buat break bleeding. Yang nie kena ada dua orang...tu yang leceh tu. Ada kit untuk buat break bleeding for one man show but never tried it...
sampai sekarang ada lagu buku Hayman manual for honda civic ;). Sekarang kat mesia kita ada cheap labor... the hell with it... hehehe
Wahhh, terornyer...nanti U boleh lah repair kereta I yerk? Tapi why I tgk gambar last sekali kat your album mcm tangan luke jer? :( If dangerous, no need to repair sendiri lagi lah...
ReplyDeleteko patut ada tyre jack tu dari dulu lagi.. just in case tayar pancit.
ReplyDeleteMarjan/Jep: Ko nie kira mekanik/SAP Consultant/System Admin/Cat Lover/Photographer.....wow...mcm-mcm. I didn't know fixing cars is part of your skill set. Tapi tulah, kat sini terpaksa lah buat sendiri, save a lot. And orang putih pun kuat gak menipu. So buat sendiri tak lah kena kencing. Lowered spring tu aku tak try kut, sayang keta nak loweredkan.
ReplyDeleteAnonymous: Hi, of course can repair for you patpat. But, must give upah gaji lah. I don't want to repair the car on my own jugak, but got no rich gf lah, what to do.
Najmi: Think ko tersilap baca kut. Tyre jack mmg dah ader bro, it comes default with the car. What I bought was a jack stand. Jack stand nie for safety when working under a car. Bahaya kalau harapkan jack tu tahan kereta jer. Kalau ko nak try jack stand nie, leh lah tgk sini to see how its being used. http://www.ehow.com/how_16351_jack-stands.html
terela joey..
ReplyDeletekalu i la..sure dh ikut je ape kata mat salleh tu..huhu...
Very good Macgyver!
ReplyDeletedazzling/jaja: I nak ikut kata mat salleh tu, tapi takde duit. Mcm maner lah nak ikut. So ambik aje lah suggestion dia, tapi kena buat sendiri.
ReplyDeleteAswad: Macgyver...hahaha, thank you dapat pujian Macgyver. But what I did is simple lah, they have the instructions on the internet. Segan lak ko puji aku Macgyver, kembang hidung kejap.
mac gyver.....good job. make sure you have put all the screws back on hhahhh....;)so minyak hitam pun boleh tukar sendiri....
ReplyDeletehttp://www.ehow.com/how_16351_jack-stands.html
ReplyDeletetq for this site....can find practically anything and everthing ...
mel: yes, tested the breaks already. And counted all the screws. Seems to work great. :) Nowadays, you can learn anything out of everything on the internet.
ReplyDelete